LAGENDA PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG
Puteri Santubong dan Puteri
Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah
menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk
menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi,
ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka
mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada
asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua
puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana
mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan
terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah
kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di
kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan
kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan.
Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara
kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung
tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan
dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang
mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua
Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang
sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat
dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.
Saban hari selepas pertemuan itu.
Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati
masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya
mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara
satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari
tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong
menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu
di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung.
Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya
kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta
guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri.
Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala
Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan
terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung
Serapi.
Comments
Post a Comment