Jambatan Btg Lupar terpanjang di S’wak, Jambatan Btg Paloh kedua terpanjang

KUCHING: Kampung Tekajong, Salah Kecil dan Penuai dihubungkan melalui projek Jalan Pesisir bermula pertengahan tahun lepas dan dijangka siap pertengahan 2020.
Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, projek jalan sepanjang 16.1 kilometer itu menelan kos sekitar RM19.3 juta.
Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, Kerajaan Sarawak mahu menghubungkan semua jalan di luar bandar dan jalan pesisir termasuk membina jambatan dan naik taraf jalan.
Apabila siap kelak, Jambatan Batang Paloh akan menjadi jambatan kedua terpanjang di Sarawak selepas Jambatan Batang Lupar.


Julaihi berkata semua projek pembinaan jambatan jalan pesisir di Sarawak yang ditangguhkan Kerajaan Persekutuan diteruskan Kerajaan Sarawak atas inisiatif kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. –Sarawakvoice

Comments

Popular Posts