POLIS TIDAK SUKA PERATURAN CERMIN GELAP BAHARU
Nampaknya pengumuman oleh Menteri Pengangkutan Anthony
Loke berkaitan peraturan cermin gelap yang disambut baik oleh pengguna tidak
begitu disokong oleh pihak polis.
Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan
dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berpendapat
bahawa ia akan menyukarkan tugas mereka.
Akur dan menghormati peraturan tersebut, Azisman berkata
pihak polis tidak pernah dipanggil untuk membincangkan peraturan tersebut.
Faktor keselamatan polis dan badan keselamatan yang lain
akan terjejas kerana mereka tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan
dilakukan.
Beliau menambah ia juga akan menyukarkan pihak
penguatkuasa untuk mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan
telefon pintar semasa memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.
Siang tadi Menteri Pengangkutan menetapkan bahawa cermin
penumpang belakang dan cermin belakang tidak lagi ditetapkan had kegelapan
tetapi cermin hadapan dan cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan masih lagi
pada kadar yang sama.
* Berita dipetik dari Harian Metro
Comments
Post a Comment